CYBERSECURITY: KEBENARAN MENAKUTKAN DISEBALIK DARK WEB

29 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 28 Ogos yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Cybersecurity iaitu Webinar bertajuk Kebenaran Yang Menakutkan Disebalik Dark Web yang dijalankan secara atas talian. Kelas tersebut berlansung selama satu jam setengah iaitu dari pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang dan disertai oleh dua orang peserta.

Webinar ini membongkar sisi gelap zaman digital dengan memahami apa itu “Dark Web”, bahaya kumpulan jenayah siber (OCG), serta cara mengelakkan ancaman mereka. Turut disertakan demo langsung yang membezakan fakta dan mitos mengenai Dark Web.

Kami berharap agar apa yang peserta tersebut pelajari pada hari ini dapat dijadikan tunjuk ajar dan pengetahuan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan lain pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali